suria

Bale Sah Sertai Real Madrid Pada Harga Rekod Dunia £85 Juta

Gareth Bale
Gareth Bale
Gareth Bale

REAL MADRID telah memecah rekod perpindahan dunia dengan membayar £85.3 juta (RM435.03 juta) kepada Tottenham Hotspurs untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Gareth Bale.

Bintang Wales itu akan menerima bayaran gaji sebanyak £300,000 seminggu untuk tempoh enam tahun.

Jumlah perpindahan itu mengatasi jumlah £80 juta yang dibayar oleh Real kepada Manchester United untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo seorang lagi pemain sayap pada tahun 2009.

"Saya telah melalui tempoh enam tahun yang sangat mengembirakan di Tottenham tetapi masanya telah tiba untuk saya mengucapkan selamat tinggal dan memulakan perjalanan baru dalam karier bolasepak saya," kata pemain berusia 24 tahun itu.

Bale telah pun tiba di Madrid bersama ejennya untuk menjalani ujian kecergasan dan perubatan dan dijadualkan untuk diperkenalkan secara rasmi di Stadium Real Madrid, Bernabeu pada tengah hari Isnin.

Satu sidang akhbar telah dijadualkan untuk berlangsung selepas itu.

Bale menyertai Spurs sebagai pemain bek kiri dari Southampton pada 2007 selepas dibeli pada harga £10 juta.

Dia menjaringkan 26 gol pada musim lalu dalam semua pertandingan dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Britain oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional dan selepas itu dipilih sekali lagi sebagai pemain terbaik oleh Persatuan penulis-Penulis Bolasepak pula.

Sementara itu Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas pula berkata, Bale adalah seorang pemain yang berkaliber dan telah pun membuat keputusan untuk menyertai Madrid.

REKOD BALE BERSAMA SPURS:

2012-13: Main 33 kali, gol 21, bantuan 4.

2011-12: Main 36 kali, gol 9, bantuan 10.

2010-11: Main 30 kali, gol 7, bantuan 1.

2009-10: Main 23 kali, gol 3, bantuan 5.

2008-09: Main 16 kali, gol 0, bantuan 0.

2007-08: Main 8 kali, gol 2, bantuan 0.

Artikel Berikut

Artikel Lain