City Akhirnya Berjaya Beli Martin Demichelis - Sukan | mStar

City Akhirnya Berjaya Beli Martin Demichelis

Martin Demichelis
Martin Demichelis

MANCHESTER CITY yang sedang berhadapan dengan krisi ketiadaan pemain pertahanan yang boleh diharapkan akhirnya berjaya juga mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Argentina, Martin Demichelis dari Atletico Madrid.

Menurut laman web City, mereka membayar £4.2 juta kepada Atletico untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.

Laman web itu juga memetik Demichelis, 32, sebagai berkata: "Saya berasa sungguh gembira kerana akhirnya dapat juga menyertai City kerana saya masih dahagakan kejayaan."

Pemain itu sebenarnya baru sahaja menyertai Atletico dari Malaga Julai lalu.

Tetapi keinginannya untuk bersatu kembali dengan bekas jurulatihnya, Manuel Pellegrini yang kini mengurus City telah mendorong kepada perpindahan tersebut.

Demichelis bermain untuk Manuel Pellegrini ketika pengurus itu melatih Malaga dan juga juara Argentina, River Plate.

Dia juga mewakili Argentina pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

City memerlukan seorang pemain pertahanan yang berpengalaman setelah kapten mereka, Vincent Kompany disahkan cedera dan terpaksa berehat panjang selama beberapa bulan.

Demichelis berpengalaman bermain di Eropah selama lebih 11 tahun tetapi tidak pernah bermain dengan mana-mana kelab Inggeris.

Pellegrini yang berasal dari Chile pula, mengambil alih pengurusan di Manchester City dari Roberto Mancini Jun lalu dan telah pun membelanjakan hampir £90 juta ke atas empat pemain antarabangsa untuk memperkukuhkan skuad naib juara musim lalu itu.

Mula-mula dia membawa masuk pemain Brazil, Fernandinho (£30 juta) kemudian pemain sayap Sepanyol, Jesus Navas (£14.9 juta), selepas itu penyerang Stevan Jovetic (£22 juta) dan akhir sekali seorang lagi penyerang Sepanyol, Alvaro Negredo (£20 juta).

Selepas mengharungi tiga perlawanan liga, City menang dua dan kalah sekali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain