suria

Liga India: Chong Wei Pamer Aksi Terbaik

NEW DELHI: Datuk Lee Chong Wei yang mewakili pasukan Mumbai Master pada Liga Badminton India (IBL) membawa pasukannya menang empat dari lima perlawanan menentang pasukan Krrish Delhi Smashes di Kompleks Sukan Mumbai.

Beliau membantu pasukannya berada di kedudukan teratas liga yang mengandungi enam pasukan dengan memungut 11 mata, diikuti Hyderabad Hotshots yang juga memungut 11 mata.

Pune Pistons berada di tangga ketiga dengan sembilan mata.

Chong Wei memberi mata sulung kepada pasukannya menerusi acara perseorangan lelaki ketika menentang pemain Krrish Delhi Smashers, Daren Liew juga dari Malaysia 21-12, 21-16 serta mata kedua menerusi acara beregu lelaki.

Dalam acara beregu, beliau yang berpasangan dengan pemain Denmark, Tine Baun mengalahkan pasangan Krrish Delhi Smashers, V.Diju/Prajakta Sawant 21-18, 15-21 dan 11-5.

"Perlawanan yang baik. Saya sangat gembira, kemenangan ini sangat penting buat saya dan dapat memberi mata kepada pasukan saya," kata Chong Wei selepas permainan sulungnya itu.

Rashid Sidek merupakan jurulatih Krrish Delhi Smashers.

Chong Wei tidak bermain ketika pasukannya menentang Banga Beats di New Delhi dan menentang Pune Pistons di Lucknow.

Aktor terkenal India, Akkineni Nagarjuna dan bekas pengurus pasukan kriket Vankina Chamundeswaranath memiliki pasukan Mumbai Masters.

Chong Wei dibawa untuk bermain di IBL dengn bayaran US$135,000.-BERNAMA

Liga India, Chong Wei, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain