suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Atlet Terima Insentif Dari KPT

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyampaikan insentif kepada tujuh atlet yang berjaya membawa balik pingat gangsa pada kejohanan Renang Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol dan Sukan Universiti Dunia (Universaide) di Kazan, Russia, baru-baru ini.

Insentif berjumlah RM17,500 itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan, pada Rabu.

Turut hadir pada majlis berkenaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama masing-masing menerima insentif sebanyak RM5,000.

Lima lagi pemain badminton masing-masing menerima insentif sebanyak RM1,500 ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Jagdish Singh dan Loh Wei Sheng.-BERNAMA

Artikel Lain