suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T-Team Dapat Jurulatih Baru Hadapi Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU: Kelab T-Team akan melantik seorang sebagai jurulatih bagi membantu ketua jurulatih Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor mempersiapkan pasukan dalam kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini.

Penolong Pengurus pasukan, Mohammad Sekanther Hamid berkata, jurulatih berkenaan merupakan bekas pemain Terengganu dan berasal dari Selangor.

"Kita tidak boleh mengumumkan nama calon itu sehingga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan lesen kejurulatihan kepadanya," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Beliau berkata, pihak pengurusan yakin pasukan itu lebih menonjol dalam menghadapi kempen Piala Malaysia dengan kehadiran jurulatih baru itu.

T-Team akan memulakan pusingan pertama Piala Malaysia dengan Felda United pada 20 Ogos ini diikuti Johor Darul Takzim (Johor DT) dan PKNS. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain