suria

Saya Hampir Maut Pada Piala Dunia 2011 - Lomu

Lomu mendedahkan beliau hampir maut apabila badannya "gagal berfungsi" semasa Piala Dunia 2011 di New Zealand. Foto AFP
Lomu mendedahkan beliau hampir maut apabila badannya
Lomu mendedahkan beliau hampir maut apabila badannya "gagal berfungsi" semasa Piala Dunia 2011 di New Zealand. Foto AFP

WELLINGTON: Legenda All Blacks, Jonah Lomu mendedahkan mengenai beliau hampir maut apabila badannya "tidak berfungsi" semasa Piala Dunia 2011 di New Zealand.

Lomu, 38, yang menderita kerana penyakit buah pinggang memerlukan pemindahan organ itu pada 2004, merupakan bintang pada acara pembukaan kejohanan itu tetapi beliau mula berasa tidak sihat sejurus selepas majlis itu berlangsung di Eden Park di Auckland.

"Ia bermula daripada petang yang sangat mengagumkan, tetapi menjelang malam... saya mula berasa tidak sihat. Setibanya saya pulang ke rumah, keadaan saya yang begitu teruk," katanya dalam autobiografi beliau bagi edisi terkini berjudul "Jonah: My Story".

Muntah, berpeluh dan berasa bergetar seluruh badan, katanya, menyebabkan beliau dikejarkan ke hospital di mana buah pinggah yang diterimanya menerusi pemindahan tujuh tahun sebelum itu gagal berfungsi.

"Saluran darah saya dijangkiti kuman dan doktor mula beranggapan ianya akan bertambah buruk, apabila buah pinggang saya gagal untuk berfungsi dan beri kesan buruk pada badan saya," katanya bagi menjelaskan antara kandungan buku yang diterbitkan pada Selasa.

"Selama beberapa bulan berikutnya, keadaan saya bertambah buruk. Saya tidak dapat bertahan lama lagi."

Lomu dimasukkan ke hospital selama lebih dua minggu dan doktor beliau, John Mayhew berkata, keadaan Lomu tidak begitu baik.

"Untuk satu ketika Jonah begitu sakit," katanya.

"Terdapat kemungkinan yang jelas beliau akan mati kerana keputusan mengatakan kegagalan fungsi buah pinggang begitu serius."

Lomu menjalani dialisis dan sedang menunggu untuk melakukan pemindahan buah pinggang yang kedua.

Lomu yang merupakan seorang bapa kepada dua orang anak merupakan bintang dunia bagi ragbi, melonjak kegemilangannya menerusi prestasinya yang cemerlang pada Piala Dunia 1995 dan terlibat sebagai sebahagian kempen New Zealand pada 199. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain