suria

Suarez Kekal Di Anfield Kerana Peminat

Suarez membuat keputusan untuk kekal bersama Liverpool.
Suarez membuat keputusan untuk kekal bersama Liverpool.
Suarez membuat keputusan untuk kekal bersama Liverpool.

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez memberitahu akhbar Uruguay bahawa semangat dan perasaan sayang peminat kelab itu menyakinkannya untuk terus kekal di Anfield.

Keputusan mengejut Suarez memberi khabar gembira buat kelab itu yang tidak berhasrat untuk melepaskannya kepada mana-mana kelab.

"Buat masa ini, berkat perasaan sayang peminat, saya akan kekal," kata Suarez kepada akhbar El Observador.

Masa depan Suarez sebelum ini masih lagi samar selepas beliau mendakwa kelab itu melanggar perjanjian bahawa dia boleh meninggalkan kelab selepas gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dakwaan itu menimbulkan rasa kurang senang pengurus Liverpool Brendan Rodgers yang menegaskan Suarez perlu memohon maaf kepada kelab dan rakan sepasukannya jika ingin disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab tersebut.

"Pertama sekali, perlu ada permohonan maaf kepada rakan sepasukan dan kelab, selepas itu barulah membuat pengakuan bahawa dia bersedia berjuang untuk kelab ini," kata Rodgers.

Liverpool, Luis Suarez, Anfield

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain