suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Downing Sertai West Ham

Downing akan memperkuat West Ham selama empat tahun.
Downing akan memperkuat West Ham selama empat tahun.
Downing akan memperkuat West Ham selama empat tahun.

PEMAIN Liverpool dan England, Stewart Downing menyertai West Ham United dengan bayaran perpindahan yang tidak didedahkan.

Downing yang melakukan 34 penampilan bersama England menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab tersebut, menjadikannya pemain kelima dibawa masuk pengurus Sam Allardyce.

"Saya amat teruja. Ia peluang terbaik untuk saya berada di sini. West Ham kelab terhebat dan saya tidak sabar untuk beraksi.

"Saya sudah bersedia dan cergas untuk beraksi pada perlawanan pertama menentang Cardiff City. Saya beraksi dalam beberapa perlawanan bersama Liverpool pada pra musim, jadi tiada masalah bagi saya.

"Segalanya berlaku dengan pantas tetapi saya amat teruja dan berharap dapat diturunkan pada Sabtu ini," katanya.

Pemain berusia 29 tahun itu berhijrah dari Aston Villa pada Julai 2011 dan melakukan 91 penampilan serta menjaringkan tujuh gol untuk The Reds.

Artikel Sebelum

Artikel Lain