suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Gagal Capai Misi, Tarik Diri Pada Set ketiga

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

PEMAIN no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, pada Ahad.

Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika beliau ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut kepada juara bertahan, Lin Dan dari China.

Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.- BERNAMA

Artikel Lain