Kehadiran Neymar Jadikan Aidilfitri Tahun Ini Terbaik Buat Syafiq - Sukan | mStar

Kehadiran Neymar Jadikan Aidilfitri Tahun Ini Terbaik Buat Syafiq

KUALA LUMPUR: Impian menjadi kenyataan dan ini dikhususkan kepada Muhammad Syafiq Salmi selepas menerima lawatan mengejut oleh pemain Barcelona, Neymar, di rumahnya di Ampang, Jumaat - Hari Raya kedua.

Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.

Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.

"Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!" kata Syafiq.

"Dia datang dan berkata, 'Di mana Syafiq?' Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut."

Syafiq, yang mempunyai impian mewakili Harimau Malaya satu hari nanti, kemudian menaiki van dengan Neymar dan mereka menuju ke VI.

Kedua-dua menghabiskan masa bercakap tentang keluarga Neymar, hobi dan juga saiz kasut beliau. "Dia memakai saiz 8 ½!," kata Syafiq.

Dia menyifatkan pemain dari Brazil itu sebagai "merendah diri dan mesra", sambil menambah adalah menyeronokkan walau hanya bercakap dengannya.

"Dia juga memberitahu saya perkara penting dalam menggelecek dan 'finishing'," kata Syafiq, yang mengetuai Kelab Bolasepak Remaja Bersatu dan membawa tiga gelaran 1Malaysia Cardiff City pada tahun 2010, 2011 dan 2012 serta membawa VI untuk Kejohanan MSSKL tahun ini.

Apabila Neymar bertanya kepada Syafiq apa yang paling ditakutinya, anak muda itu menjawab 'menghadapi saiz lawan yang lebih besar'.

"Kemudian dia memberitahu saya, 'Lihatlah saya, saya tidak begitu besar, tetapi saya tidak takut untuk bermain permainan saya sendiri, gaya saya sendiri'. Dia juga memberitahu saya untuk berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk mewakili Malaysia. "

Di sekolah, kawan-kawan Syafiq gembira dengan lawatan Neymar ini.

Muhammad Syafiq Salmi , Barcelona , Neymar , Ampang

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain