suria

Tenis: Troicki Digantung 18 Bulan Selepas Gagal Serah Sampel Darah

Troicki digantung daripada beraksi sehingga Januari 2015.
Troicki digantung daripada beraksi sehingga Januari 2015.
Troicki digantung daripada beraksi sehingga Januari 2015.

PEMAIN tenis Serbia, Viktor Troicki digantung 18 bulan kerana gagal memberi sampel darahnya kepada bahagian anti-doping.

Bekas pemain ke-12 dunia ini diminta untuk menyediakan sampel darah ketika aksi Monte Carlo Masters pada 15 April lalu, yang menyaksikan dia tewas pada pusingan pertama kepada Jarkko Nieminen.

Namun Troicki kini jatuh ke ranking 53 dunia hanya memberi contoh air kencingnya, dengan alasan dia tidak sihat dan tidak boleh memberi sampel darah.

Troicki memeberitahu tribunal ITF bahawa pegawai bahagian kawalan dadah memberi lampu hijau untuk menerima contoh air kencing tersebut.

Namun tribunal ITF memutuskan bahawa alasan pegawai tersebut tidak menyakinkan dan pemain telah melanggar Artikal 2.3 Program Anti-Doping Tenis (menolak atau gagal tanpa paksaan untuk menyerah sampel).

Bagaimanapun tribunal menerima Troicki berada dalam keadaan tekanan pada waktu itu sekaligus hanya mengenakan hukuman 18 bulan daripada dua tahun.

Penggantungan ini akan berakhir pada 24 Januari 2015.

Keputusan Piala Davis 2010, kedudukan amta dan hadiah kemenangan dari Monter Carlo ditarik balik.

Sebagai rekod, Troicki dari Belgrade hanya menang sekali sahaja dalam karier ATP di Moscow tiga tahun lalu, namun secara keseluruhan dia berada dalam kedudukan 20 terbaik pada tahun 2011-12.

Malang sekali, pada tahun ini kedudukannya jatuh ke ranking 40-50, dan situasi ini juga merupakan amaran terhadap karier pemain ketiga Serbia ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain