suria

Higuain dan Reina Sah Milik Napoli

Gonzalo Higuain
Gonzalo Higuain
Gonzalo Higuain

PENYERANG Argentina dan Real Madrid, Gonzalo Higuain dan penjaga gol Liverpool,Pepe Reina kini sah milik Napoli selepas mereka lulus ujian perubatan, demikian menurut Presiden kelab itu, Aurelio De Laurentiis.

Menurut laporan portal akhbar The Daily Mail, Higuain, 25, akan menandatangani kontrak lima tahun dengan harga perpindahan sebanyak £34.5 juta.

Reina, 30, pula berpindah secara pinjaman selama semusim bagi membolehkannya bersatu semula dengan bekas pengurusnya Rafael Benitez yang kini mengurus Napoli.

Kedua-dua mereka pada Rabu dilihat memjalani ujian perubatan di Rom dan sebaik sahaja mereka lulus ujian tersebut, De Laurentiis telah mengumumkan berita mengenai penyertaan mereka sebagai pemain Napoli menerusi laman Twitter.

Katanya lagi kedua-dua pemain itu akan dipersembahkan secara rasmi sebagai pemain Napoli di Stadium San Paolo, Isnin depan.

Higuain diburu oleh Arsenal sejak beberapa minggu lalu tetapi Madrid memutuskan untuk menjualnya kepada Napoli.

Sepanjang enam musim bersama Real, Higuain, telah menjaringkan 107 gol tetapi pada penghujung musim lepas dia telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab tersebut.

Napoli naib juara liga Itali musim lalu memiliki uncang yang besar selepas mereka menjual penyerang sensasi Edinson Cavani kepada juara Perancis, Paris St Germain dengan harga £55 juta.

Artikel Lain