suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Akan Perluaskan Kemudahan Sukan Untuk Wanita

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan kemudahan sukan kepada wanita khususnya yang bertudung untuk menceburi sukan tertentu seperti renang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia bagi memberi peluang sama rata kepada mereka yang mahu menyertai sukan.

"Kita mempunyai perancangan untuk itu dan ada yang telah pun dilaksanakan contohnya gim dan kemudahan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dihadkan pada hari-hari tertentu untuk kaum wanita sahaja," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairiah Mohamed dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini mengenai perancangan kerajaan sama ada untuk menyediakan kemudahan sukan khusus untuk wanita bertudung terutama dalam sukan renang. -BERNAMA

Artikel Lain