suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor FA Umum Senarai Muka Baru Dalam JDT

Cesar Ferrando Jimenez
Cesar Ferrando Jimenez
Cesar Ferrando Jimenez

JOHOR BAHRU: Johor FA mengumumkan perubahan dalam Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan bekas pengurus Valencia dan Atletico Madrid, Cesar Ferrando Jimenez diletak menggantikan ketua jurulatih Fandi Ahmad.

Dalam satu kenyataan, Presiden Johor FA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata selain Cesar, persatuan itu mungkin akan mendapatkan khidmat Juan Manuel Lillo Diez, yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.

Menurut beliau, bekas pemain antarabangsa dari Argentina Pablo Aimar "hampir pasti" untuk menandatangani perjanjian dengan pasukan JDT untuk musim depan.

"Fandi masih bersama pasukan dan peranan baru beliau adalah penolong jurulatih kepada Jimenez," katanya.

Artikel Lain