suria

Sevilla Setuju Jual Alvaro Negredo Pada Harga £24.5 Juta Kepada City

Alvaro Negredo
Alvaro Negredo
Alvaro Negredo

PRESIDEN kelab Sepanyol, Sevilla, Jose Maria Del Nido memgesahkan yang mereka telah menerima tawaran Manchester City untuk membeli Alvaro Negredo pada harga £24.5 juta.

Di bawah perjanjian itu, City akan bayar tunai sebanyak £21.5 juta manakala baki £3 juta lagi akan dibayar dalam bentuk nilai tambahan bergantung kepada jumlah permainan dan juga jaringan gol.

Pemain berusia 27 tahun itu telah menjaringkan 31 gol dalam 42 permainan musim lalu.

Negredo adalah pemain kedua Sevilla yang dibeli oleh City dalam tempoh beberapa minggu ini. City telah pun membelanjakan £15 juta untuk mendapatkan khidmat seorang lagi pemain Sepanyol, iaitu pemain sayap, Jesus Navas.

Pembelian Negredo adalah untuk mengantikan pemain antarabangsa Argentina, Carlos Tevez yang dijual kepada Juventus minggu lalu.

Bagaimanapun perbelanjaan City untuk musim baru ini tidak terhenti setakat itu sahaja kerana mereka kini sedang dalam rundingan untuk mendapatkan seorang lagi penyerang iaitu Stevan Jovetic, dengan harga £28 juta dari Fiorentina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adidas Gantung Penajaan Gay

Artikel Lain