suria

Adidas Gantung Penajaan Gay

Adidas menggantung penajaan terhadap Gay buat masa ini selepas dia didapati positif dadah.
Adidas menggantung penajaan terhadap Gay buat masa ini selepas dia didapati positif dadah.
Adidas menggantung penajaan terhadap Gay buat masa ini selepas dia didapati positif dadah.

PENGELUAR barangan sukan Adidas menggantung penajaan pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Tyson Gay selepas dia didapati positif dadah.

Satu ujian rambang yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping AS ke atas Gay pada Mei lalu mendapati beliau positif dadah.

"Kami amat terkejut dengan dakwaan terbaru itu.

"Walaupun kami menganggap dia tidak bersalah sehingga ia berjaya dibuktikan, kontrak Gay telah digantung sekarang," kata jurucakap Adidas pada Isnin.

Gay, 30, merupakan pelari pecut kedua terpantas dalam acara 100m.

Beliau juga dinobatkan sebagai pelari pecut terpantas di dunia pada tahun ini dengan memenangi pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m pada Kejuaraan Dunia 2007.

Pelari pecut itu kini sedang menunggu keputusan sampel B miliknya.

"Saya tidak mempunyai cerita sabotaj. Saya pada dasarnya meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap seseorang dan kecewa.

"Saya tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi saya enggan membincangkan mengenainya buat masa ini.

"Saya berharap dapat berlari semula tetapi saya akan menjalani hukuman yang diberikan," katanya.

Berita mengenai Gay disahkan positif dadah tersebar luas malah rakannya, Asafa Powell juga turut gagal ujian tersebut.

Amerika Syarikat (AS), Tyson Gay

Artikel Lain