suria

Arsenal Catat Rekod Setuju Bayar RM115 Juta Untuk Higuain

Gonzalo Higuain
Gonzalo Higuain
Gonzalo Higuain

ARSENAL memecahkan rekod mereka apabila bersetuju membayar sebanyak £23 juta (RM115 juta) untuk yuran perpindahan penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain.

Pemain Argentina itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan The Gunners pada Jumaat dan dijangka menandatangani perjanjian £100,000 (RM479,360.06)seminggu untuk tempoh tiga tahun.

Higuain, 25, telah diberikan kebenaran oleh Madrid untuk terbang ke London selepas beberapa minggu rundingan.

Pengurus, Arsene Wenger telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahukan penjaring gol yang benar-benar hebat dalam pasukannya untuk jelajah Arsenal ke Timur Jauh Khamis depan.

Perjanjian itu yang telah disahkan oleh bapa pemain, Jorge, bakal memberikan keyakinan besar kepada Wenger, yang telah berjanji dengan peminat Arsenal untuk lebih serius berbelanja bagi mendapatkan pemain-pemain handal pada musim ini selepas lapan tahun tidak memenangi sebarang trofi.

Perjanjian terbesar The Gunners sebelum ini adalah berjumlah RM79.6 juta yang dibayar untuk perjanjian dengan Santi Cazorla dari Malaga musim panas lalu.

Kini Wenger mahu menyambut ketibaan Higuain sambil berusaha keras untuk mendapatkan Wayne Rooney dan Julio Cesar.

Rooney masih belum membuat keputusan tentang masa depannya di Manchester United tetapi akan menuntut lebih daripada £200,000 seminggu.

Penjaga gol Brazil, Cesar, yang dibayar £90,000 seminggu, kontrak dengan QPR, akan dibenarkan untuk meninggalkan Loftus Road.

Bekas penjaga gol Inter Milan, 33, mahu kekal di London walaupun mendapat tawaran dari Barcelona.

Wenger percaya kemasukan Higuain akan meyakinkan bintang bertaraf dunia yang lain untuk menyertai pasukan itu.

Artikel Lain