suria

Everton Berkeras Tak Akan Lepaskan Baines Kepada Man Utd

MANCHESTER UNITED boleh melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Everton Leighton Baines.

Pengurus baru Everton, Roberto Martinez menegaskan yang pemain pertahanan England itu merupakan sebahagian daripada masa depan kelab itu.

Pengurus United yang juga bekas pengurus Everton, David Moyes berusaha untuk mendapatkan tanda tangan Baines sebagai pemain pertama yang dibelinya sejak menyertai kelab itu 1 Julai lalu.

Untuk rekod, Everton telah pun menolak permohonan rasmi United sebanyak £12 juta untuk membeli Baines, 28, minggu lalu.

Selepas itu United berusaha untuk membuat tawaran semula yang lebih baik.

"Leighton lebih dari seorang pemain biasa. Dia adalah ikon untuk kelab ini," kata Martinez.

LATAR BELAKANG BAINES:

> Lahir: 11 Disember 1984 di Liverpool

> Mewakili Everton: 228 kali

> Mewakili England: 17 kali

> Gol: 22

> Kelab Sebelum Ini: Wigan

Martinez turut menegaskan yang dia tidak berhasrat untuk melepaskan pemain itu buat masa ini.

"Dia adalah sebahagian dari perancangan masa depan kami...kenapa harus kami menjualnya ke kelab lain," ujar Martinez lagi.

Baines dilihat sebagai salah seorang bek kiri terbaik England dan berpotensi untuk disenaraikan sebagai salah seorang pemain pilihan England ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan.

Artikel Lain