suria

Anelka Sarung Jersi West Brom Musim Depan

Anelka berpindah dari Juventus ke West brom secara percuma.
Anelka berpindah dari Juventus ke West brom secara percuma.
Anelka berpindah dari Juventus ke West brom secara percuma.

BEKAS penyerang Perancis, Nicolas Anelka sah menjadi pemain West Brom musim depan.

Anelka,34, berpindah secara percuma selepas perbincangan dengan Juventus sekaligus mengikat kontrak selama setahun sebaik sahaja selesai ujian kesihatan di Hawthorns.

"Kami terlepas sedikit aksi bertenaga musim lalu, dan kini cuba membaiki keadaan ke landasan yang lebih baik.

"Kami seterusnya memilih Nicolas bagi memulakan musim baru nanti. Ia permulaan yang baik semua di kelab ini," jelas jurutlatih, Steve Clarke yang turut bersama-sama Anelka ketika di Chelsea sebelum ini.

"Dia mempunyai gaya kerja yang baik dan profesional. Jika kamu melihat apa yang dia ada sebelum ini, saya yakin kebolehannya itu mampu membawa kelab ke kedudukan yang labih baik.

"Pengalamannya dengan kelab-kelab besar di England dan Eropah akan membantu kami.

"Harapnya dia mampu menjadi sumber inspirasi kepada pemain-pemain lain, malah mampu membantu kami untuk berada di kedudukan yang terbaik berbanding musim lalu."

Anelka memulakan kariernya bersama Paris Saint-Germain sebelum menyertai skuad remaja Arsenal.

Selepas itu dia bersama Real Madrid, Manchester City, Bolton Wanderers, Chelsea, Liverpool, Fenerbahce dan kelab China.

Artikel Lain