suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alberts Puji Anak Buah

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts amat gembira dan memuji anak buahnya kerana mempamerkan prestasi cemerlang hingga muncul sebagai juara Liga Perdana setelah mengalahkan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Negeri di Petra Jaya, Kuching, malam Isnin.

"Malam ini (Isnin) akan tercatat dalam sejarah bola sepak negeri ini. Sarawak menang dengan bergaya dan mencatat rekod tanpa kalah serta mempunyai satu perlawanan saja lagi.

Kemenangan ini akan menyaksikan Bujang Senang kembali beraksi dalam Liga Super pada musim depan, yang dijadual bermula pada 5 Julai.

"Saya beritahu pemain saya, jika kita tumpukan hati dan semangat kita, kekal dengan kedudukan tanpa kalah, pasti kita akan meraih gelaran juara, saya amat gembira dan berbangga dengan kemenangan pada malam ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain