suria

Wimbledon: Djokovic Bangkit Tewaskan Mayer

Aksi Djokovic selepas menang ke atas pemain Jerman awal pagi Rabu.
Aksi Djokovic selepas menang ke atas pemain Jerman awal pagi Rabu.
Aksi Djokovic selepas menang ke atas pemain Jerman awal pagi Rabu.

PEMAIN pilihan pertama, Novak Djokovic mempamerkan aksi bertenaga dengan menewaskan pemain Jerman, Florian Mayer 6-3 7-5 6-4 sekaligus melangkah kaki ke pusingan kedua Kejohanan Wimbledon pada Rabu.

Kedua-dua pemain ini pernah bertemu pada aksi suku akhir tahun lalu pada kejohanan yang sama, dengan kemenangan berpihak kepada Djokovic secara straigh set.

"Saya tahu kualiti permainannya, dan kami turut bertemu pada aksi suku akhir tahun lalu. Jadi saya tidak memandang rendah kepadanya.

"Saya menghormatinya sekaligus saya memberi 100 peratus fokus dari awal permainan sehingga tamat.

"Dan inilah yang saya lakukan. Saya bermain baik dalam saat yang penting," jelas Djokovic.

Djokovic kembali bangkit sejak tewas kepada Rafael Nadal dalam aksi perlawanan epik separuh akhir pada Terbuka Perancis baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alberts Puji Anak Buah

Artikel Lain