Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA - Sukan | mStar

Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA

KANGAR: Menteri Besar Perlis Azlan Man pada Selasa menolak lamaran Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk menerajui persatuan yang sedang menghadapi kemelut kewangan itu. Katanya PFA perlu dipimpin tokoh berpengalaman dan berkebolehan bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak dan mengakui bahawa beliau bukanlah tokoh yang berkelayakan untuk sukan itu.

"Kalau dilantik dan saya menerima (menjadi Presiden PFA), prestasi PFA akan terus malap kerana saya tiada pengalaman dan kebolehan," katanya ketika mengulas lamaran PFA itu di pejabatnya pada Selasa.

PFA kehilangan penerajunya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang kini menghadapi hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Februari lepas.

Shahidan dikenakan hukuman penggantungan itu dan denda RM39,000 oleh FAM Februari lepas setelah didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyalahi Artikel 88 FAM.

Berikutan hukuman itu, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri hilang status sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Pada 7 Jun lalu, Majlis PFA yang mengadakan mesyuarat khas memutuskan untuk melamar Azlan sebagai peneraju baharu PFA bagi menggantikan Shahidan dan mesyuarat agung PFA ke-13 yang dijadual 16 Jun ini akan mencalonkan nama menteri besar itu.

Azlan berkata walaupun menolak tawaran PFA namun beliau akan tetap memberi sokongan kepada persatuan itu bagi mengendalikan kegiatan pembangunan sukan berkenaan. Ditanya sama ada kerajaan negeri boleh membantu kewangan PFA, menteri besar berkata kerajaan negeri tiada peruntukan besar untuk menyalurkan dana yang secukupnya untuk persatuan itu.

Bagaimanapun permohonan boleh dibuat kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan suntikan dana bagi menyelesaikan beberapa masalah termasuk gaji pemain yang tertunggak.

Beliau juga berharap PFA dapat mengumpul dana melalui pelbagai sumber bagi menampung kos operasinya yang dianggarkan RM220,000 sebulan termasuk bayaran gaji pemain dan pegawai.

Azlan berkata beliau tidak berniat untuk menghampakan PFA tetapi pada masa ini tanggungjawabnya lebih bertumpu kepada pentadbiran dan pengurusan negeri. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rozabil Dipilih Presiden PFA

default image

Rozabil Dipilih Presiden PFA

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain