suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

300 Atlet Sertai Kejohanan Ping Pong Remaja Kebangsaan

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 300 atlet dari 14 buah negeri akan mengambil bahagian dalam kejohanan Ping Pong Remaja Kebangsaan Bawah 15 hingga Bawah 18 kali ke-33 di Stadium Tertutup di sini, bermula esok.

Setiausaha Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) Mohamed Taib berkata kejohanan selama empat hari itu menyaksikan kategori berpasukan dan individu dipertandingkan.

"Kejohanan tahunan ini dianjurkan Majlis Sukan Negeri Terengganu, PPNT dan kerajaan negeri," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata kejohanan itu menjadi platform bagi pemain remaja untuk mempamerkan bakat mereka dan dipilih menjadi pemain pelapis negara. -BERNAMA

Artikel Lain