suria

Victoria Institution Wakili Malaysia Ke Final Serantau MUPC

Pasukan Victoria Institution merai kejayaan selepas dinobatkan juara MUPC peringkat kebangsaan Sabtu lalu.
Pasukan Victoria Institution merai kejayaan selepas dinobatkan juara MUPC peringkat kebangsaan Sabtu lalu.
Pasukan Victoria Institution merai kejayaan selepas dinobatkan juara MUPC peringkat kebangsaan Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Victoria Institution (VI Kuala Lumpur) bakal mewakili Malaysia ke perlawanan Akhir Serantau Piala Manchester United (MUPC) selepas menjuarai perlawanan akhir peringkat kebangsaan menewaskan sekolah Menengah Kampung Chengal A secara agregat 4-3.

Jurulatih VI, Azlan Hussain berkata, kejayaan pasukan itu adalah hasil kerja keras semua pemainnya.

"Mereka teruja dengan kejayaan baru-baru ini. Begitu juga dengan ibu bapa mereka.

"Pun begitu, menjelang perlawanan peringkat serantau ini, kami akan meneruskan latihan seperti biasa selepas mereka tamat peperiksaan nanti.

"Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada, lebih-lebih lagi di bahagian serangan," jelas Azhar,36,.

Azhar berkata, ini merupakan kali kedua pasukannya mara ke final dan berharap tuah akan memihak kepada pasukannya untuk terus beraksi di Pertandingan Akhir Dunia MUPC pada Ogos ini.

"Sudah pasti kami memang berharap untuk ke Old Trafford.

"Namun saya pasti saingan dari pasukan serantau agak sengit walaupun saya tidak pasti corak permainan mereka.

"Apa yang pasti kami akan cuba melakukan yang terbaik membawa nama Malaysia," tambahnya.

Sementara itu, aksi Peringkat Serantau MUPC akan berlangsung pada 10-14 Jun ini di Pulau Pinang.

Malaysia bakal bertemu dengan wakil dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Singapura.

Tahun lalu menyaksikan wakil dari Thailand meraih gelaran juara sebelum beraksi ke MUPC Akhir Dunia.

MUPC bermula di United Kingdom sebagai satu pertandingan serantau sejak tahun 1993.

Namun selepas beberapa tahun, kelab Bola Sepak Manchester United serta Nike mula bergandingan bahu pada tahun 2003 bagi mengembangkan lagi bakat-bakat muda di seluruh dunia.

Bagi edisi tahun ini, lebih 9,000 pasukan dari 40 negara bakal bertanding merebut tempat ke aksi final dunia 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Akhir Liga Europa

Artikel Lain