suria

Kelab Manchester City Pecat Mancini

Mancini bersama trofi liga perdana yang dimenangi pasukan Man City musim lalu.
Mancini bersama trofi liga perdana yang dimenangi pasukan Man City musim lalu.
Mancini bersama trofi liga perdana yang dimenangi pasukan Man City musim lalu.

KELAB Manchester City mengesahkan telah memecat pengurus pasukan, Roberto Mancini, awal pagi Selasa.

Pengurus dari Itali itu mula menyertai kelab ini pada tahun 2009, dengan mencatat kejayaan memenangi Piala FA Inggeris 2011 dan bergelar juara dengan merangkul trofi Liga Perdana musim lalu buat kali pertama selepas 44 tahun.

Bagaimanapun nasib musim ini tidak menyebelahinya apabila gagal untuk mempertahankan gelaran juara liga musim ini, apabila tewas kepada jiran terdekat, Manchester United.

Malah lebih mengecewakan kelab, apabila anak buah Mancini ini tewas 1-0 pada aksi final Piala FA kepada Wigan pada Isnin.

Mancini yang masih mempunyak baki kontrak selama lima tahun dilaporkan telah dibayar sebanyak £28 juta (RM128 juta) di atas pemecatan ini.

Penolong pengurus, Brian Kidd bakal mengambil alih tugasnya sementara perlantikan pengurus baru.

"Dengan perasaan sedih, kelab Manchester City mengumumkan Roberto Mancini telah dilucutkan tugasnya sebagai pengurus pasukan.

"Ia satu keputusan yang sukar dibuat oleh bagi pemilik kelab, pengerusi serta ahli lembaga," jelas satu kenyataan kelab.

Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak berkata: "Rekod Mancini bersama kelab tidak perlu dipertikaikan lagi dan Sheikh Mansour, saya serta ahli lembaga yang lain amat menghargainya.

"Dia telah menunaikan janjinya dengan sukses, memecah rekod kelab dengan trofi liga.

"Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya dan berharap perhubungan ini akan berterusan."

Sementara itu, khabar angin mengatakan pengurus Malaga, Manuel Pellegrini bakal menggantikan tempat Mancini ini, walaupun pengurus kelahiran Chile itu menafikannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain