suria

Standard Chartered KL Marathon Sasar 33,000 Peserta

Osman (dua kanan) bersama salah satu wakil penaja dari Dirigo Event Sdn Bhd, Rainer Biemans selepas majlis menandatangai perjanjian baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Larian Standard Chartered KL Marathon 2013 edisi kelima dijangka bakal menerima penyertaan seramai 33,000 peserta dari 48 negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, Osman Morad berkata, pihaknya percaya acara seperti ini mampu menjadi satu komuniti.

"Kami telah melihat hasil acara marathon ini dalam kominuti kita, dan kami sangat gembira dengan usaha yang telah dilakukan.

"Sabagai negara pertama dan bank yang tertua sejak tahun 1857, kami amat berbangga kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti dan acara ini adalah satu kebanggaan," katanya.

Standard Chartered KL Marathon dianjurkan oleh Standard Chartered dengan rakan tajaan utamanya, MSIG Insurance (Malaysia) Bhd yang akan diadakan pada 30 Jun ini di Dataran Merdeka.

Terdapat 12 kategori ditawarkan pada larian berkenaan iaitu 42 kilometer (km) penuh; 21km (Honda Half Marathon); 21km MISG Ekiden (Relay Run); 10km Speed, Cruise & Leisure; 10km Ministries Challenge; 10km Universities Challenge; 10km Corporate Challenge (Charity); 5km Fun Run, 5km seeing is Believing Run, 2.5km Leader Run;2.5km Kids Dash dan 750 meter Kids Dash.

Artikel Lain