suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benfica Benam Fenerbahce 3-1, Iringi Chelsea Ke Final

Cardozo dari Paraguay menjaringkan dua gol untuk Benfica ketika menentang Fenerbahce pada aksi separuh akhir kedua.
Cardozo dari Paraguay menjaringkan dua gol untuk Benfica ketika menentang Fenerbahce pada aksi separuh akhir kedua.
Cardozo dari Paraguay menjaringkan dua gol untuk Benfica ketika menentang Fenerbahce pada aksi separuh akhir kedua.

LISBON: Benfica mara ke final Liga Europa selepas menewaskan Fenerbahce 3-1 di Estádio da Luz, awal pagi Jumaat dengan menyaksikan dua gol menerusi penyerang Oscar Cardozo.

Kelab Portugal itu yang menang dengan agregat 3-2, akan bertemu kelab Inggeris, Chelsea pada aksi final di Amsterdam, 15 Mei ini.

Benfica hanya memerlukan sembilan minit untuk meledak memecah kebuntuan di depan gawang menerusi percubaan Nicolas Gaitan.

Fenerbahce bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-23 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Benfica, Ezequiel Garay.

Namun Oscar memastikan Benfica di depan semula hasil ledakan kencang pada minit ke-35 dan penyerang antarabangsa Paraguay itu memastikan jaringan kemenangan 3-1 pada minit ke-66.

Senarai Pemain:

BENFICA: Artur, Pereira, Garay, Luisao, Andre Almeida, Matic, Gaitan, Perez, Cardozo, Lima, Salvio. (Pemain gantian: Lopes, Jardel, Aimar, Carlos Martins, Urreta, Rodrigo, Melgarejo.)

FENERBAHCE: Volkan Demirel, Korkmaz, Yobo, Ziegler, Selcuk Sahin, Salih Ucan, Gokhan Gonul, Cristian, Sow, Kuyt, Caner Erkin. (Pemain gantian: Gunok, Ali Kaldirim, Irtegun, Topuz, Stoch, Senturk, Simsek.)

Artikel Lain