suria

Chong Wei Sasar Kejohanan Dunia 2013 Sebelum Gantung Raket

AKTIF... Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N-04 Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir (kanan) dalam kesibukan berkempen sempat juga bersenam bersama Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri) ketika merasmikan majlis Audisi Badminton Remaja di Dewan Badminton Padang Sera di Jerlun pada Khamis. -Foto BERNAMA

JITRA: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dengan merangkul pelbagai gelaran tetapi ia belum cukup untuk memberi kepuasan tanpa gelaran juara dunia.

Pemain berusia 30 tahun itu bertekad mahu mencapai impian besar itu pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China, dari 5 hingga 11 Ogos ini, sebelumbersara daripada dunia badminton.

"Saya perlu memberi tumpuan kepada keadaan diri dan corak permainan tanpa memikirkan saingan yang bakal dihadapi nanti," katanya kepada pemberita pada program 'Audisi Badminton Remaja, Over The Top' di Dewan Orang Ramai Padang Sera di sini pada Khamis.

Program anjuran Chong Wei itu adalah bagi mencungkil pemain pelapis di seluruh negara bagi menggantikan dirinya dalam sukan badminton.

Sebelum Kejohanan Dunia, Chong Wei berkata beliau akan memberi tumpuan pada dua kejohanan iaitu Piala Sudirman di Kuala Lumpur dari 19 hingga 26 Mei ini dan Siri Super Terbuka Indonesia dari 10 hingga 16 Jun ini. Mengenai program tersebut, beliau berkata ia telah berlangsung di Ipoh, Perak, Ampang, Selangor dan Padang Sera di Kedah sebelum menjelajah ke negeri-negeri lain bagi mencari lebih ramai penggantinya bagi memperkayakan barisan pemain negara.

Turut hadir ke program tersebut ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Salah seorang peserta, Ooi Jia Feng, 15, berkata dia amat gembira kerana dapat hadir dalam pemilihan yang dijalankan oleh Chong Wei.

Ooi, yang juga mewakili sekolahnya, berkata program itu amat bagus dalam mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan pemain luar bandar.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior di sini itu juga berharap akan dipilih menyertai klinik badminton anjuran Chong Wei bagi membolehkannya menjadi seorang pemain handalan. -BERNAMA

Artikel Lain