suria

Piala FA Inggeris: United, Chelsea Dijangka Bertemu Pada Aksi Suku Akhir

PASUKAN Manchester United dan Chelsea dijangka bakal bertemu pada aksi suku akhir Piala FA Inggeris selepas majlis undian di Wembley awal pagi Isnin.

Namun kedua-dua pasukan itu perlu menewaskan lawan masing-masing pada aksi pusingan kelima awal pagi Selasa ini yang mana menyaksikan United akan melawan Reading, manakala Chelsea bertemu Middlesbrough.

The Blues mara ke pusingan kelima selepas menewaskan Brentford 4-0 pada aksi awal pagi Isnin.

Sementara itu, juara 2011, Manchester City turut mara selepas menewaskan Leeds 4-0, manakala satu lagi pasukan Barnsley turut bergaya menundukkan MK Dons Sabtu lalu.

UNDIAN PENUH SUKU AKHIR

Oldham/Everton lwn Wigan Athletic

Manchester City lwn Barnsley

Manchester United/Reading lwn Middlesbrough/Chelsea

Millwall lwn Blacburn Rovers

(perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 9 dan 10 MAc ini)

Artikel Lain