suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA: Singapura Dijangka Adakan Perbincangan Awal Tahun Depan - Tunku Imran

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) percaya Singapura, selaku tuan rumah Sukan SEA 2015, akan membincangkan semua isu serta perancangan berkaitan temasya itu, pada awal tahun depan.

Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata menerusi perbincangan tersebut, banyak isu boleh dibangkitkan terlebih dahulu supaya temasya sukan dwitahunan itu dianjurkan dengan hala tuju yang betul.

"Saya fikir segala isu dan masalah berbangkit seperti isu acara sukan dipertandingkan pada temasya 2015 perlu dilakukan selepas edisi tahun ini di Myanmar.

"Perubahan pada struktur Sukan SEA Myanmar tidak dapat dilakukan dan lewat untuk menambah bilangan acara sukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Taekwondo Junior di sini, Isnin.

Beliau meluahkan rasa kecewa atas tindakan tuan rumah Myanmar menggugurkan acara gimnastik iaitu acara Sukan Olimpikpada temasya Sukan SEA dari 11 hingga 22 Dis ini.

"Kami harap acara gimnastik menjadi acara teras dalam edisi Sukan SEA pada masa depan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain