suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beckham Sertai PSG Secara Perpindahan Percuma

DAVID Beckham berlepas ke Perancis untuk menyertai pendahulu Liga 1, Paris Saint-Germain (PSG) secara perpindahan percuma.

Baru-baru ini, bekas kapten England itu telah berlatih dengan Arsenal tetapi kini dia berada di Paris untuk memuktamadkan perpindahannya ke PSG pada Khamis.

Beckham dikesan oleh jurugambar memasuki jabatan kardiologi di Hospital La Pitie Salpetriere untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, petang Khamis.

Dalam entri terbaru di Facebook Beckham, dia menulis: "Dalam perjalan ke Paris, teruja. Saya akan memaklumkan anda semua mengenainya kemudian."

Beckham akan diserapkan dalam skuad utama pasukan itu bagi beraksi pada peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain