Tiada Desakan Mana-Mana Pihak Untuk Pulang - Nazmi Faiz - Sukan | mStar

Tiada Desakan Mana-Mana Pihak Untuk Pulang - Nazmi Faiz

Pemain PKNS, Mohd Nazmi Faiz Mansor (tiga kiri) bersalaman dengan Presiden Kelab Selangor PKNS, Noor Hisham Mohd Gouth (dua, kiri) ketika diperkenalkan sebagai pemain baru Kelab Selangor PKNS. Turut hadir Pengurus Kelab Selangor PKNS, Azmi Adnan (kiri) dan ejen Mohd Nazmi dari Portugal, Marco Guimaraes (kanan). Foto GLENN GUAN / THE STAR
Pemain PKNS, Mohd Nazmi Faiz Mansor (tiga kiri) bersalaman dengan Presiden Kelab Selangor PKNS, Noor Hisham Mohd Gouth (dua, kiri) ketika diperkenalkan sebagai pemain baru Kelab Selangor PKNS. Turut hadir Pengurus Kelab Selangor PKNS, Azmi Adnan (kiri) dan ejen Mohd Nazmi dari Portugal, Marco Guimaraes (kanan). Foto GLENN GUAN / THE STAR

PETALING JAYA: Bekas pemain Harimau Muda A (Bawah 23 tahun), Nazmi Faiz Mansor, yang kembali ke Malaysia selepas menamatkan kontrak secara mengejut dengan kelab Portugal, SC Beira-Mar, dijangka beraksi dalam Liga Super bersama pasukan Selangor PKNS.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata, keputusan menamatkan kontrak tiga tahun itu dibuat selepas perbincangan lanjut dengan ejennya dari Portugal, Marco Guimaraes dan ibu bapanya.

Nazmi Faiz menandatangani kontrak bersama kelab divisyen satu Liga Portugal pada Mei tahun lepas.

Guimaraes, yang hadir bersama Nazmi di kelab Selangor PKNS di Kelana Jaya, dekat sini, Sabtu, berkata pemain itu dan kelab telah mencapai keputusan menamatkan kontrak berdasarkan persetujuan bersama.

Pemain itu memperjelaskan keputusannya untuk meninggalkan kelab itu dan kembali ke Malaysia dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

"Bagi saya, keputusan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh saya sendiri namun saya merasakan ia demi kebaikan dan masa depan saya.

"Pandangan (sesetengah pihak) yang mengatakan saya akan kembali semula ke sana (Portugal) selepas beraksi selama enam bulan di sini adalah tidak benar memandangkan saya telah menamatkan kontrak dengan kelab berkenaan," katanya kepada pemberita selepas diperkenalkan kepada pemain Selangor PKNS.

Guimaraes berkata: "Ia tiada kaitan dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) atau mana-mana pihak lain kerana Nazmi Faiz sendiri telah bersetuju untuk menamatkan kontrak dengan kelab (SC Beira-Mar).

Kepulangan pemain itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang telah memainkan peranan penting bagi membantu pemain itu berhijrah ke kelab Portugal.

Mengulas mengenai pengalaman lapan bulan beraksi dengan kelab Eropah itu, Nazmi Faiz berkata, beliau gembira dengan pengalaman yang ditimba dan berharap dapat kembali beraksi di benua itu pada masa depan.

Selepas kembali ke tanah air, Nazmi Faiz telah mengikat kontrak tiga tahun bersama Selangor PKNS.

"Saya memilih Selangor PKNS kerana saya tertarik dengan corak permainan yang dipamerkan pasukan ini sejak saya beraksi bersama Harimau Muda B dahulu," kata pemain yang akan menyarung jersi bernombor 33.

Sementara itu, Presiden kelab Selangor PKNS, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, pihaknya akan menghantar wakil ke FAM pada Isnin ini bagi menyelesaikan segala isu berbangkit termasuk mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) bagi membolehkan pemain itu beraksi dengan segera.

"Kalau boleh, kita mahu menurunkan Nazmi Faiz pada perlawanan Liga Super menentang Felda United (di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya) pada 16 Februari ini," kata Noor Hisham yang enggan mengulas mengenai yuran perpindahan yang dibayar oleh kelab berkenaan untuk mendapatkan khidmat Nazmi Faiz.

Pengurus pasukan Selangor PKNS, Azmi Adnan pula memperjelaskan tawaran untuk mendapatkan khidmat Nazmi Faiz dibuat oleh ejen beliau sejak awal bulan lepas.

Beliau berkata, Nazmi Faiz akan didaftarkan sebagai pemain bawah 21 tahun dalam pasukan Liga Super itu memandangkan mereka hanya mendaftarkan empat pemain dari skuad Piala Presiden (bawah 21) setakat ini.

Sementara itu, di Kemaman, Terengganu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau sendiri terkejut dengan kepulangan Nazmi Faiz.

"Saya sendiri tidak tahu perkara sebenar mengenai kepulangan pemain berbakat itu. Namun saya berharap kepulangan Nazmi Faiz itu tidak melibatkan perkara negatif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kepulangan pemain itu pada majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di kawasan Parlimen Kemaman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beckham Sertai PSG Secara Perpindahan Percuma

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain