suria

United Terus Lebar Kedudukan Selaku Peneraju Liga

Rooney menjaringkan gol tunggal United pada minit ke-79.
Rooney menjaringkan gol tunggal United pada minit ke-79.
Rooney menjaringkan gol tunggal United pada minit ke-79.

LONDON: Manchester United melebarkan kedudukan selaku peneraju Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 10 mata apabila penyerangnya, Wayne Rooney menyumbatkan gol tunggal ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham, awal pagi Ahad.

Hasrat United untuk terus memberi tekanan ke atas kelab di tangga kedua, Manchester City yang menanti kunjungan Liverpool pada Ahad seperti tidak kesampaian tetapi jaringan Rooney pada minit ke-79 membuktikan sebaliknya.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik pada babak pertama.

Percubaan Rooney terkena palang pada babak kedua sebelum memanfaatkan kesilapan lawan bagi memecahkan kebuntuan pada minit ke-79.

Philippe Senderos yang melakukan kesilapan apabila membenarkan Rooney meluru ke arah bola dan menyumbat masuk, nyaris menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan tetapi tandukannya diselamatkan penjaga gawang, David De Gea.

United kini selesa dengan 62 mata hasil daripada 25 perlawanan manakala penyandang gelaran, City pula dengan 52 mata, kurang satu perlawanan.

Artikel Lain