suria

Hodgson Umum Skuad England Lawan Brazil Rabu Depan

PENGURUS England, Roy Hodgson mahu para penyokong setia mereka memberi penghormatan istimewa kepada Ashley Cole yang telah dipanggil untuk menyertai skuad England dalam perlawanan persahabatan dengan Brazil Rabu depan.

Jika Cole diturunkan, dia akan bermain dalam perlawanan ke-100 untuk skuad kebangsaan sekaligus menjadi pemain yang ketujuh mencatat pencapaian tersebut.

"Mencatatkan angka ke seratus bersama skuad kebangsaan adalah satu pencapaian yang luar biasa untuk mana-mana pemain pun dan mereka wajar mendapat tepukan penghormatan untuk itu, " kata Hodgson.

Dalam pada itu, Hodgson turut mengekalkan pemain veteran Everton, Leon Osman dalam skuadnya.

Ini bagi membolehkan tiga pemain mudanya iaitu pemain baru Manchester United, Wilfried Zaha, Liverpool, Raheem dan Jonjo Shelvey menumpukan perhatian bersama Skuad Bawah 21 Tahun England.

Skuad Bawah-21 akan menentang Sweden pada hari Selasa iaitu sehari sebelum perlawanan skuad kebangsaan menentang Brazil.

Pemain pertahanan Manchester United, Chris Smalling telah dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan iaitu pertama kali di bawah kepimpinan Hodgson.

Bagaimana pun Hodgson telah mengenepikan pemain tengah Man City, Gareth Barry dan Scott Parker dari Tottenham.

BERIKUT ADALAH SKUAD PENUH ENGLAND UNTUK PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG BRAZIL:

PENJAGA GOL: Butland (Birmingham), Joe Hart (Manchester City).

PERTAHANAN: Baines (Everton), Cahill (Chelsea), Cole (Chelsea), Jagielka (Everton), Johnson (Liverpool), Lescott (Manchester City), Smalling (Manchester United), Walker (Tottenham).

TENGAH: Carrick (Manchester United), Cleverley (Manchester United), Gerrard (Liverpool), Lampard (Chelsea), Lennon (Tottenham), Milner (Manchester City), Osman (Everton), Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Walcott (Arsenal), Wilshere (Arsenal).

HADAPAN: Defoe (Tottenham), Rooney (Manchester United), Sturridge (Liverpool), Welbeck (Manchester United).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain