suria

Ferguson Beri Keterangan Kepada FA

Sir Alex Ferguson
Sir Alex Ferguson
Sir Alex Ferguson

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson pada Jumaat memberi keterangan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA England) berhubung kontroversi perlawanan ketika menentang Tottenham, Ahad lalu.

Ferguson berang dengan penjaga garisan Simon Beck berikutan keputusan seri 1-1 di White Hart Lane apabila Wayne Rooney sepatutnya diberikan penalti namun dinafikan pengadil, Chris Foy.

Pengurus United itu mendakwa Beck sepatutnya memaklumkan kepada Foy bahawa Rooney yang dijatuhkan berhak memperoleh penalti.

Ferguson berkata keadaan sama berlaku pada April 2010 apabila Beck gagal mengesan Didier Drogba berada dalam keadaan ofsaid sehingga menjaringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford.

“Dia mempunyai rekod perlawanan yang buruk,” kata Ferguson.

“Tidak sepatutnya seorang penjaga garisan bersikap sebegitu memberikan semuanya (kepada lawan)," katanya.

FA England dijangka membuat keputusan sama ada akan membuat dakwaan rasmi ke atas Ferguson atau sebaliknya, lewat Jumaat.

Artikel Lain