suria

Hazard Terlepas Dakwaan Jenayah

Hazard berjalan kelaur padang selepas dilayangkan kad merah.
Hazard  berjalan kelaur padang selepas dilayangkan kad merah.
Hazard berjalan kelaur padang selepas dilayangkan kad merah.

PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard tidak akan dikenakan dakwaan jenayah selepas melakukan tindakan kasar ke atas pengutip bola pada aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga bertemu Swansea,di Stadium Liberty awal pagi Khamis.

Hazard yang berang kerana budak pengutip bola gagal memberikan semula bola yang terkeluar padang ketika permainan masih berbaki 10 minit.

Hazard tiba-tiba menendang budak berkenaan ketika cuba mengambil bola di celah kakinya sehingga permainan tertangguh beberapa minit.

Pengadil perlawanan, Chris Foy kemudian terus mengeluarkan kad merah kepada pemain Belgium itu.

Budak tersebut terus dibawa ke satu laluan pemain selepas wisel tamat dibunyikan bagi siasatan polis.

Jurucakap Swansea mengesahkan, tidak ada tindakan akan diambil ke atas Hazard dan pasukan Chelsea juga telah mengajak budak berusia 17 tahun itu yang telah menjadi pengutip bola selama enam tahun di stadium ini ke bilik persalinan mereka.

"Pihak polis telah bercakap dengan budak tersebut serta bapanya, dan tiada dakwaan akan dibuat. Sehingga kini kejadian tersebut dianggap selesai," jelas kenyataan tersebut.

"Budak itu telah dijemput ke bilik persalinan pemain-pemain Chelsea dan telah berjabat tangan dengan Eden Hazard."

Artikel Sebelum

Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Lain