suria

FA Panggil Ferguson Jelas Komen Terhadap Beck

Sir Alex Ferguson kecewa dengan keputusan penjaga garisan Simon Beck.
Sir Alex Ferguson kecewa dengan keputusan penjaga garisan Simon Beck.
Sir Alex Ferguson kecewa dengan keputusan penjaga garisan Simon Beck.

LONDON: Persatuan Bola Sepak England (FA) telah menghubungi pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson meminta beliau menjelaskan komen kepada media mengenai penjaga garisan Simon Beck.

Ferguson menyifatkan kelakuan Beck sebagai mengejutkan selepas dia gagal mengesan kekasaran dilakukan pemain Tottenham Hotspur, Steven Caulker ke atas penyerangnya Wayne Rooney ketika terikat 1-1 di White Hart Lane.

Beliau berkata, United mempunyai sejarah hitam dengan Beck apabila dia mengesahkan jaringan kemenangan kontroversi penyerang Chelsea, Didier Drogba di Old Trafford pada April 2010.

"Tiada cara keputusannya akan menyebelahi kami," kata Ferguson.

FA pada Isnin mengesahkan bahawa mereka telah menghubungi Ferguson meminta beliau untuk menjelaskan komennya.

Beliau mempunyai masa sehingga 6 petang Khamis ini untuk memberi maklum balas.

Sekira didapati bersalah mempertikaikan integriti Beck, Ferguson akan didakwa kerana salah laku dan mungkin dikenakan denda.

Artikel Sebelum

Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Lain