suria

Cole Sambung Kontrak Setahun Bersama Chelsea

Ashley Cole
Ashley Cole
Ashley Cole

PEMAIN pertahanan kiri England, Ashley Cole bersetuju menyambung kontrak selama setahun bersama Chelsea.

Kontrak Cole bakal tamat musim ini dan sebelum ini turut dikhabarkan kontraknya tidak akan disambung bersama kelab itu.

"Saya gembira kerana akan memulakan tahun kelapan bersama Chelsea. Saya mempunyai memori indah dan sentiasa teruja menjalani latihan di sini setiap hanri.

"Saya telah memenuhi impian saya bersama Chelsea, dengan memenangi Liga Juara-Juara (CL), Liga Perdana, Piala FA dan sudah tentu ia tidak akan berhenti di situ sahaja.

"Saya ingin berada di Chelsea kerana kami sentiasa berjuang untuk meraih trofi. Semangat itu tidak pernah hilang," katanya.

Pemain 32 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid dan Paris St Germain.

Cole mula menjadi sebutan peminta-peminta Chelsea sejak berpindah dari Arsenal 2006 sekaligus membantu kelab London itu menjuarai beberapa trofi sebelum ini.

Artikel Sebelum

Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Lain