suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Copa Del Rey: Messi Bantu Barca Mara Ke Separuh Akhir

Lionel Messi
Lionel Messi
Lionel Messi

BARCELONA: Lionel Messi menjaringkan gol ke-15 berturut-turut untuk memastikan kemenangan 4-2 Barcelona ke atas Malaga dalam saingan Copa Del Rey, awal pagi Jumaat.

Kemenangan itu bakal mempertemukan Barca dengan musuh tradisi, Real Madrid pada aksi separuh akhir.

Dengan kemenangan agregat 6-4 itu, Barcelona melangkah ke separuh akhir untuk tahun ketujuh Copa del Rey atau dikenali sebagai Piala Sepanyol.

Ketika perlawanan terikat 2-2, keputusan itu mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun gabungan mantap Andres Iniesta dan Cesc Fabregas menyaksikan Barca mendahului pada minit ke-76.

Empat minit kemudian, Messi kemudian menanduk masuk gol keempat Barca dan gol ke-40 musim ini.

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut pertemuan Barcelona dengan Madrid dalam saingan tersebut.

Sebelum itu, Atletico Madrid menyigkirkan Real Betis dengan kemenangan agregat 3-1 sekali gus melangkah ke separuh akhir untuk bertemu Sevilla.

Artikel Lain