suria

Chelsea Berunding Dengan Atletico Madrid Untuk Dapatkan Falcao

LONDON: Akhbar-akhbar utama Britain pada Rabu melaporkan yang Chelsea telah pun mengadakan rundingan dengan Atletico Madrid untuk membeli penyerang paling sensasi musim ini Radamel Falcao yang berasal dari Colombia pada harga £45 juta.

Penyerang itu telah menjadi tunggak utama kemenangan Atletico Madrid ke atas Chelsea dalam perlawanan Piala Super Eropah bulan lalu.

Jika segala-galanya berjalan lancar, Falcao boleh menyertai Chelsea sebaik sahaja pintu perpindahan dibuka semula selama sebulan Januari tahun depan.

Chelsea kini menyedari bahawa mereka tidak akan dapat mempertahankan Piala Eropah yang dimenangi musim lalu jika hanya bergantung harap kepada Fernando Torres seorang.

Dan setelah menyaksikan sendiri bagaimana Falcao meranap pertahanan Chelsea pada perlawanan Piala Super Eropah bulan lalu, pemilik Chelsea Roman Abramovich tidak teragak-agak untuk melaburkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain itu.

Falcao, 26, telah menjaringkan 115 gol dalam tempoh tiga tahun dia bermain di Eropah termasuklah tiga gol yang dia jaringkan ketika bertemu Chelsea dalam Piala Super Eropah.

Atletico sebelum ini membayar £32 juta kepada Porto untuk mendapatkan khidmat Falcao.

Artikel Lain