Ahmad Shapawi Mahu Jadikan ISN Sebuah Organisasi Lebih Berdaya Saing - Sukan | mStar

Ahmad Shapawi Mahu Jadikan ISN Sebuah Organisasi Lebih Berdaya Saing

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baru, Ahmad Shapawi Ismail berikrar untuk menjadikan organisasi itu sebagai sebuah badan sukan yang lebih berdaya saing dalam masa terdekat.

Bagi memastikan hasrat itu tercapai, bekas pengarah cawangan atlet Majlis Sukan Negara (MSN) itu, berkata beliau merancang untuk mewujudkan satu kerjasama erat dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan hospital kerajaan dengan menyediakan satu pakej sokongan sains dan perubatan sukan yang lengkap dan efisien.

"ISN sudah mempunyai pusat satelit sendiri, maka kami akan memperkukuhkan peranan mereka sedia ada supaya bukan sahaja dapat menyediakan khidmat nasihat tetapi juga perkhidmatan mereka kepada atlet di peringkat negeri.

"Apabila atlet di peringkat negeri mendapat bantuan sains sukan sejak usia muda lagi, maka kita hanya perlu memberi fokus kepada aspek taktikal dan teknik yang diperlukan dalam sesebuah acara sukan itu sendiri," katanya dalam temu ramah eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 16 Ogos lepas mengumumkan Ahmad Shapawi sebagai CEO ISN yang baharu menggantikan Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan pelantikan selama setahun itu berkuatkuasa serta merta.

Ahmad Shabery turut mengumumkan Dr Ramlan dilantik sebagai penasihat khas kepada Menteri Belia dan Sukan bagi memberi tumpuan kepada pembangunan sukan negara dan Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

ISN sehingga kini mempunyai pusat satelit di beberapa negeri iaitu di Sarawak, Johor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang yang bermatlamat untuk melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi, 48, berkata bagi memastikan kerjasama itu terlaksana, beliau terlebih dahulu merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak swasta.

"Kami tidak boleh bekerja bersendirian dalam menyediakan khidmat sains sukan di peringkat IPTA dan juga hospital kerajaan, maka kami memerlukan badan-badan swasta supaya mereka dapat berkongsi tanggungjawab ini bersama.

"Setakat ini, saya berpendapat rakan terdekat yang boleh membantu kami dalam aspek teknikal, kemudahan logistik dan sebagainya ialah universiti di negeri itu sendiri," kata anak jati Kuala Lumpur itu.

Ahmad Shapawi berkata, bagi memantapkan lagi ISN sebagai sebuah badan sains sukan yang berdaya maju, beliau sendiri turut mendapatkan pandangan daripada Dr Ramlan yang menerajui ISN sejak penubuhannya pada 1992.

"Dalam tempoh setahun ini, saya akan mencuba untuk memperkukuhkan elemen-elemen pentadbiran dan pengurusan ISN sendiri untuk memajukan lagi atlet-atlet negara.

"Saya juga akan memastikan ISN meneruskan sumbangan mereka kepada program-program yang dijalankan oleh MSN bagi menyediakan atlet bertaraf antarabangsa.

"Di samping itu, kami juga akan terus memberikan sokongan padu ke atas program yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinan (Ketua Pengarah MSN) Datuk Seri Zolkples Embong," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain