suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gimnas Indonesia Timba Ilmu Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Tiga gimnas muda dari Indonesia menjalani latihan tiga minggu di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persiapan bagi menghadapi Temasya Pekan Olahraga Nasional (PON) di Pekanbaru, Indonesia pada 9-20 September ini.

PON merupakan kejohanan peringkat kebangsaan yang terbesar dianjurkan di republik itu setiap empat tahun sekali bagi mencungkil bakat-bakat baru sebelum diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Seorang daripada gimnas itu, Ade Anapadus Novianti, 13, berkata dia rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjalani latihan persiapan di Malaysia yang lebih di hadapan berbanding Indonesia dalam sukan gimnastik.

"Banyak perkara baru yang dapat saya dan rakan-rakan pelajari di sini kerana jurulatih dan kelengkapan yang disediakan di Kompleks Sukan Negara adalah jauh lebih baik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tiga gimnas Indonesia tersebut berlepas pulang pada 18 Ogos lalu.

Armartiani, 15, berkata beliau tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang peramah dan berharap berpeluang ke Malaysia sekali lagi.

"Suasana tempat latihan di sini amat baik dan gimnas Malaysia melayan kami dengan baik bahkan bagai sebuah keluarga yang rapat," katanya.

Sementara Ade Novia Putri, 14, pula berkata, dia rasa seronok melihat pelbagai juadah dan kuih di pasar Ramadan yang tidak terdapat di negaranya.

PON dibentuk oleh Persatuan Olahraga Republik Indonesia (PORI) dan Komite Olimpiade Republik Indonesia (KORI) pada tahun 1946 dan kejohanan sulung temasya itu diadakan pada 1948 di Surakarta di Jawa Tengah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain