suria

Defoe Bantu England Tewaskan Itali

Defoe (kiri) menjaringkan gol kedua England pada perlawanan persahabatan bertemu Itali awal pagi Khamis.
Defoe (kiri) menjaringkan gol kedua England pada perlawanan persahabatan bertemu Itali awal pagi Khamis.
Defoe (kiri) menjaringkan gol kedua England pada perlawanan persahabatan bertemu Itali awal pagi Khamis.

KEMUNCULAN Jermain Defoe pada babak kedua perlawanan persahabatan England bertemu Itali memberi impak besar apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-1 di Berne, Switzerland awal pagi Khamis.

Kemenangan ini sekali gus mengubat kekecewaan skuad The Three Lions pada aksi Euro 2012 baru-baru yang disingkirkan Itali pada saingan suku akhir.

Biarpun pasukan Azzurri berjaya meledak jaringan awal minit ke-15 melalui De Rossi, ia tidak menggugat posisi pasukan Roy Hodgson apabila Jagielka menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Penjaga gol paling muda England, Jack Butland,19, telah menunjukkan potensi memberangsangkan pada perlawanan ini dengan menyelamatkan beberapa cubaan bahaya pasukan lawan.

Sementara itu, Defoe yang dimasukkan pada separuh masa kedua tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan England sepuluh minit sebelum masa permainan tamat.

Senarai pemain:

ENGLAND: Butland; Walker, Cahill, Jagielka, Baines; A Johnson, Lampard, Carrick, Cleverley, Young; Carroll

ITALI: Sirigu, Abate, Ogbonna, Astori, Balzaretti, De Rossi, Nocerino, Aquilani, Diamanti, Destro, El Shaarawy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain