Ahmad Shapawi Terajui ISN Mulai Esok - Sukan | mStar

Ahmad Shapawi Terajui ISN Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung siapa yang mengambil alih tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) terjawab apabila Ahmad Shapawi Ismail dinamakan sebagai pengganti Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mulai esok.

Unit Perhubungan Awam ISN dalam khidmat SMS hari ini, berkata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersetuju melantik Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara itu sebagai peneraju ISN yang baharu berkuatkuasa 16 Ogos 2012 hingga 15 Ogos 2013.

Dr Ramlan merupakan Ketua Pengarah ISN yang pertama.

Kedudukan Dr Ramlan sebagai CEO ISN hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.

Sebuah entiti di bawah Kementerian Belia dan Sukan, ISN yang ditubuhkan pada 1992 memberi fokus kepada penyelidikan, perubatan dan sains sukan di Malaysia. -BERNAMA

Artikel Berikut

Argentina Benam Jerman 3-1

Artikel Berkaitan

Artikel Lain