suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Argentina Benam Jerman 3-1

Reaksi Messi selepas gagal melakukan sepakan penalti, awal pagi Khamis.
Reaksi Messi selepas gagal melakukan sepakan penalti, awal pagi Khamis.
Reaksi Messi selepas gagal melakukan sepakan penalti, awal pagi Khamis.

LIONEL Messi gagal mencuri jaringan awal selepas sepakan penalti pada minit ke-32 perlawanan menentang Jerman dalam aksi persahabatan di Commerzbank-Arena, awal pagi Khamis.

Messi melakukan sepakan penalti selepas penjaga gol Jerman, R.Zieler menjatuhkan Sosa dalam kawasan kotak penalti.

Tindakan Zieler itu sekali gus dilayangkan kad merah oleh pengadil dan menyaksikan skuad Argentina beraksi dengan 10 orang pemain.

Bagaimanapun Argentina menang 3-1 ke atas skuad Jerman apabila Sami Khedira tersilap langkah menjaringkan gol sendiri pada minit ke-45.

Manakala Messi kembali menebus kesilapan dengan menjaringkan gol kedua Argentina pada babak kedua permainan (m-52) sebelum Di Maria mengukuhkan jaringan ketiga skuad kendalian Alejandro Sabella itu.

Gol saguhati Jerman dijaringkan oleh Howedes pada minit ke ke-81 sebelum perlawanan tamat.

Senarai pemain:

ARGENTINA: Romero; Zabaleta; Garay; Fernandez; Rojo; Mascherano; Gago; Jose Sosa; di Maria; Messi; Higuain. SUBS: Andujar; Coloccini; Rodriguez; Campagnaro; Guinazu; Perez; Salvio; Brana; Aguero; Lavezzi

JERMAN: Zieler; Boateng; Hummels; Badstuber; Schmelzer; Oezil; Khedira; Bender; Klose; Mueller; Reus. SUBS: ter Stegen; Hoewedes; Gundogan; Schuerrle; Draxler; Kroos; Goetze.

Artikel Lain