suria

Arsenal Setuju Jual Van Persie Kepada Man United

Van Persie bakal bersama Man United pada saingan musim baru ini dengan kontrak selama empat tahun.
Van Persie bakal bersama Man United pada saingan musim baru ini dengan kontrak selama empat tahun.
Van Persie bakal bersama Man United pada saingan musim baru ini dengan kontrak selama empat tahun.

ARSENAL bersetuju untuk menjual kapten mereka, Robin van Persie kepada Manchester United selepas perbincangan kedua pihak pada awal pagi Khamis.

Penyerang Belanda yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga musim lalu bakal berkunjung ke Manchester pada Khamis bagi membincangkan lebih terperinci serta menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berpindah sepenuhnya ke Old Trafford.

Bagaimanapun tidak ada penjelasan mengenai harga yang ditawarkan, namun pihak media melaporkan kemungkinan Man United membayar sekitar £24 juta (RM118 juta) untuk Van Persie dengan kontrak selama empat tahun.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini turut menarik minat juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Manchester City dan Juventus selepas dia mengakui tidak akan menyambung kontrak bersama The Gunners.

Van Persie telah menjaringkan 37 gol musim lalu dengan membantu Arsenal menamatkan saingan di tangga ketiga liga dan turut berada dalam kelompok 16 pasukan pada saingan Liga Juara-Juara (CL).

Di Old Trafford, Van Persie dijangka akan bergabung dengan Wayne Rooney dalam saingan merebut kembali gelaran juara daripada Man City.

Sejak musim lalu, Man United hanya mengikat seorang sahaja pemain utama untuk sertai mereka iaitu pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa dari kelab Borussia Dortmund.

Artikel Lain