suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Shabery Puji Skuad Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Pasukan Harimau Malaya telah menunjukkan peningkatan dari semua segi ketika menentang Singapura semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pasukan negara turut mempamerkan corak permainan lebih baik berbanding ketika menentang Filipina pada 1 Jun lepas.

"Tahniah kepada pasukan bola sepak di bawah jurulatih Datuk K.Rajagobal.

Beliau merupakan contoh jurulatih yang mengetahui tentang latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh pemain, bukan seorang, tetapi 25 orang di bawah jagaan beliau," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan syarikat pengeluar perabot 3V Holdings Sdn Bhd mengenai penajaan hadiah kemenangan pingat emas Olimpik.

Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong menandatangani MoU itu bagi pihak majlis manakala pengurus pemasaran 3V Holdings Chin Song menandatangani bagi pihak syarikat berkenaan.

Malaysia meraih kemenangan 2-0 ke atas Singapura pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi, selepas seri 2-2 pada pusingan pertama dengan pasukan 'The Lions' itu Jumaat lepas.

Malaysia dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Perdana Inggeris Arsenal pada 24 Julai ini.

Siri perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persediaan skuad itu bagi menghadapi Piala AFF Suzuki Disember ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain