suria

154 Atlet Mahasiswa Sertai SUKMALINDO Di UIA

KUALA LUMPUR: Seramai 154 atlet mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia akan bertanding dalam empat acara sukan yang ditawarkan pada kejohanan Sukan Persahabatan Atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia and Indonesia (SUKMALINDO).

Penyelaras Media, Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Nur Ekmal Buhary berkata kejohanan selama dua hari itu akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini dan akan diadakan di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

"Kontinjen Malaysia dan Indonesia, masing-masing menghantar 77 atlet untuk bertanding dalam empat acara iaitu futsal (lelaki), badminton (lelaki dan wanita), bola tampar (lelaki dan wanita) dan hoki (lelaki)," katanya.

Nur Ekmal berkata sebuah universiti di Indonesia akan menjadi tuan rumah bagi edisi berikutnya pada tahun depan selepas Malaysia menjadi tuan rumah kepada empat edisi SUKMALINDO sejak edisi pertama dilangsungkan di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pada 2008.

Edisi kedua diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sementara edisi ketiga dan keempat dilangsungkan di Universiti Malaysia Sabah.-BERNAMA

Artikel Lain