suria

Astro Arena Anjur Jelajah Menjelang Olimpik 2012

Jaguh berbasikal wanita negara, Fatehah turut dilantik sebagai duta Astro Arena.
Jaguh berbasikal wanita negara, Fatehah turut dilantik sebagai duta Astro Arena.
Jaguh berbasikal wanita negara, Fatehah turut dilantik sebagai duta Astro Arena.

KUALA LUMPUR: Debaran Sukan Olimpik London 2012 semakin dirasakan apabila temasya sukan terhebat dunia itu bakal menyingkap tirainya pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Atas usaha memartabatkan nama Malaysia serta hasrat mencapai pingat emas pertama di Sukan Olimpik, saluran sukan pertama Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan mengadakan kempen jelajah ‘Menjelang Olimpik 2012’ demi memberi sokongan buat kontigen negara.

Siri jelajah promosi yang mendapat tajaan utama daripada TM serta sokongan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) ini akan memulakan pengembaraan bermula 14 hingga 23 Jun 2012 dan Pulau Pinang menjadi destinasi pertama.

Negeri lain yang turut terlibat termasuk Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan.

Menurut Pengurus Pemasaran, Azman Fahmi Osman, kempen selama sepuluh hari ini diadakan untuk meraih sokongan rakyat untuk menyemarakkan lagi semangat buat kontingen negara yang akan beraksi di temasya berprestij ini.

“Ini adalah kali kedua kita mengadakan kempen jelajah ini selepas temasya Sukan Sea 2011 yang lalu.

"Kali ini kami meneruskan lagi kesinambungan dan inisiatif menawan hati para peminat sukan tanahair dalam ekspedisi jelajah promosi ini.

"Melalui kempen ini juga para peminat sukan akan mendapat maklumat dengan mengenali dengan lebih dekat atlit yang juga duta Astro Arena yang akan beraksi di sana nanti.

"Semoga dengan usaha ini dapat membantu kontingen negara mencapai misi emas pertama sekaligus mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik kelak.” Katanya.

Sepanjang penjelajahan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi meraih perhatian warga tempatan untuk turut serta memberi sokongan kepada kontingen Malaysia di London.

Antara yang menjadi tumpuan pada jelajah ini ialah peluang kepada seluruh peminat sukan negara menyatakan sokongan mereka menerusi mesej dan tandatangan di bendera sokongan yang disediakan.

Selain itu, peminat-peminat sukan tanah air juga berpeluang menyertai permainan dan juga kuiz untuk memenangi barangan eksklusif Astro Arena, Team Malaysia dan Mamee serta bergambar bersama kenderaan jelajah yang ditaja oleh Edaran Tan Chong.

Astro Arena juga turut akan membawakan kepada rakyat Malaysia laporan terkini perkembangan serta aksi atlit negara di temasya Sukan Olimpik dalam berita terkini di Nadi Arena.

Antara duta Arena yang akan menggalas cabaran ke London ialah, Bryan Nickson Lomas (terjun), Leong Mun Yee (terjun), Pandelela Rinong (terjun), Azizulhasni Awang (berbasikal), Lee Chong Wei (badminton), Fatehah Mustapa (berbasikal).

Artikel Lain