suria

Terbuka Perancis: Sharapova Kuasai Ranking Pertama Dunia

Sharapova (kiri) menang mudah ke atas Kvitova, 6-3 6-3 pada aksi separuh akhir Tebuka Perancis, Jumaat.

PEMAIN Rusia, Maria Sharapova mencatat gelaran sebagai pemain nombor satu dunia selepas menang 6-3 6-3 ke atas Petra Kvitova pada aksi separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, awal pagi Jumaat.

Kemenangan ini sekali gus membawa Sharapova menguasai kedudukan teratas dunia dalam senarai Persatuan Tenis Wanita (WTA) buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

"Beberapa tahun lalu saya tidak pernah terfikir untuk berada di ranking teratas dunia selepas mengalami pembedahan di bahu (Ogos 2008).

"Namun sekarang ia sangat istimewa kerana kembali berada di atas," jelasnya.

Kali terakhir Sharapova berada di kedudukan pertama ialah pada tahun 2005.

Sharapova akan bertemu pemain Itali, Sara Errani pada akhir esok (Sabtu).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain